Wednesday 11 April 2012

Amal Yang Paling Utama




Dari Abu Hurairah r.a., katanya seseorang bertanya kepada Rasulullah saw.: "Amal yang bagaimanakah yang paling utama?" Jawab Nabi saw., "Iman dengan Allah." Tanyanya pula, "kemudian apa lagi?" Jawab Rasulullah saw., "Haji yang mabrur."

Dari Abu Dzar r.a., katanya: "Aku bertanya kepada Rasulullah saw., "Amal yang bagaimanakah yang paling utama?" Jawab beliau: "Iman dengan Allah dan jihad di jalanNya." Tanyaku, "Budak yang bagaimanakah yang paling utama?" (pertanyaan ini diajukan, kerana Islam menganjurkan untuk memerdekakan budak-budak). Jawab Rasulullah saw., "Yang disenangi majikannya, dan yang paling mahal harganya." Tanyaku, "Jika aku tidak sanggup?" Jawab Rasulullah saw., "Menolong orang bertukang, atau menyudahkan bengkalai orang yang tidak sanggup menyelesaikannya." Tanyaku, "Bagaimana pendapat Anda, jika aku tidak sanggup melakukan sesuatu?" Jawab Rasulullah saw., "Jagalah jangan sampai engkau berbuat jahat kepada orang lain. Maka yang demikian itu merupakan sedekah darimu untuk dirimu sendiri."

Dari 'Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya dia bertanya kepada Rasulullah saw,: "Amal yang bagaimanakah yang paling utama?" Jawabnya, "Solat pada waktunya." "Kemudian itu apa?"tanyaku. Jawab beliau, "Berbuat kebajikan pada ibu bapa." "Kemudian itu apa?" tanyaku lagi. Jawab beliau, "Jihad fisabilillah!" Aku sebenarnya hendak bertanya lagi, tetapi aku cukupkan sedemikian"

Wednesday 7 March 2012

Mini March Break –Ini Sejarah Kita (Part 1)

Bismillahir rahmanir rahim,
Alhamdulillah, program Ini Sejarah Kita (ISK) telah diadakan untuk akhawat di UNB, Fredericton, New Brunswick pada 2-3 Mac 2012. Pengisian selama satu hari setengah ini merupakan program pertama diadakan New Brunswick. Pengisian yang cukup terancang. Sekalung penghargaan buat dua akhawat yang terbang jauh dari bumi Toronto, saudari Nur QurratulAin Hamzah dan saudari Huda Md Salleh, yang turut turun ke padang. Pengorbanan tenaga, masa, dan jiwa kalian amat kami hargai (kepada semua yg terlibat dalam perancangan dan pengendalian program ini juga).

Kata Imam Abu Al-Qasim Al-Junaid:
“Sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang akan menguatkan hati…”

“Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (Wahai
Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu Dalam berita
ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang Yang beriman.”
Surah Hud 11: 120

Hadith I: Manusia seperti logam


Kenapa kita perlu belajar hadis ni? kita perlu belajar hadis ni agar kita berusaha memahami orang sekeliling kita. Selain itu, kita tak nak lah jadi orang yang terus-terusan menyalahkan dirikan? Contohnya macam yang selalu kita dengar, “Saya ni tak layak nak dakwahkan orang, saya masih jahil”. Tak pun, “Saya ni dulu jahat sangat.” Biasa tak dengar ayat-ayat ni? Biasa kan?

 “Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Faham tak? Macam gini. Ok, kita bayangkan bahawa kita ada seorang kawan. Kawan kita ni hebat sangat komputer. Macam-macam perkara yang dia boleh lakukan dengan hanya menggunakan komputer. Cakap sahaja apa-apa, semua dia tahu. Tapi masalahnya, kawan kita ni tidak faham sangat Islam. Apa yang kita nak buat? Kita cubalah bantu dia untuk memahami Islam. Dapat bayangkan tak apa yang akan jadi kalau dia faham Islam? Dia akan gunakan kemahiran yang dia ada tu untuk membantu Islam.
  
Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Sekiranya ‘jahil’, nilai itu akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya, sekiranya dia Islam, nilai itu akan menyokong Islam. Segalanya bergantung kepada kefahamannya.

Macam kita jugak. Mungkin kita ada zaman jahiliyyah kita sendiri. Pernah lakukan perbuatan yang tidak berfaedah suatu ketika dahulu. Hmm..satu hari Allah takdirkan kita dapat kefahaman Islam. Apa kita nak buat? Kita gunakan segala perkara yang kita ketahui sewaktu zaman jahiliyyah tu untuk membantu Islam. Mungkin suatu ketika dulu, kita pandai menulis novel-novel cinta yang tidak berfaedah, sekarang kita tukarlah pulak. Kita menulis novel-novel islamik misalnya.

Macam kisah Saidina Umar. Dia yang ketika berada di zaman jahiliyyah begitu tegas, tetapi setelah dia memahami Islam, dia menggunakan kelebihannya itu untuk mengembalikan izzah Islam. Sama juga dengan Khalid Al Walid. Dia begitu mahir dalam selok belok peperangan waktu jahiliyyah. Apa dia buat selepas dia menjadi seorang yang memahami Islam? Dia menggunakan kelebihannya itu untuk membantu Islam.
Tu sebabnya kita kena pandang kelebihan orang lain berbanding kekurangannya. Bila kita jumpa sesiapa pun, kita fikir-fikirkan la cara bagaimana nak bantu dia agar dia dapat gunakan kelebihannya itu untuk Islam.

Hadith II: Kebaikan bagi mereka yang faham




“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam
Ad-Din”

“Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam…” (Surah Al-An’am 6: 125)
Surah Al-Hujuraat 49:12

Ukhuwwah Fillah



“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. “
Surah Al-Hujuraat 49:10

Apakah beza sahabat dan sahabat dan kawan. Sahabat boleh bawa kita ke syurga insyaAllah..

Serendah-rendah ukhuwwah = Berlapang dada
Setinggi-tinggi ukhuwwah = Ithar(mementingkan orang lain lebih dari diri sendiri)"

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
Surah Al-Hujuraat 49:12


Memahami dengan hati 



“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.”
Surah Al-A’raaf 7:179

Hati yang menentukan kefahaman seseorang bukannya ‘otak’ manusia. Sebagai contoh, mereka yang membaca novel akan menghayati kandungan buku itu dengan menggunakan hati. Sebaliknya, sekiranya kita membaca buku-buku akademik (Medic atau Physics), kita akan menggunakan akal untuk memahami. Apa yang difahami oleh hati akan pasti mempengaruhi kehidupan seseorang tetapi kefahaman daripada akal belum tentu akan mengubah kehidupan seseorang. Filem-filem romantik pasti menyentuh jiwa, menyebabkan manusia sedih dan gembira. Filem-filem dokumentari belum pasti dapat menembusi jiwa manusia.

Tujuan hidup manusia: Ibadah dan Khalifah


“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang mempunyai kekuasaan Yang tidak terhingga, lagi Yang Maha kuat kukuh kekuasaanNya.”
Surah Az-Zariyat 51: 56-58


Manusia mungkin keliru mengenai tugas utama mereka iaitu menjadi hamba Allah dan menuruti segala perintahNya. Mereka mungkin mengejar perkara yang sudah lama ditetapkan oleh Allah, antaranya persoalan rezeki dan kebahagiaan dunia.

“…kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.”
Hadith ke-4, Hadith 40 An-Nawawi

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya."
Surah Al-Baqarah 2: 30

Kenapa Allah tak jadikan alam (pokok, batu, haiwan, dll) menjadi khalifahNya di bumi? Alam sentiasa bertasbih kepada Allah dan haiwan seperti lebah, semut, dll semuanya menjalani hidup mereka mengikut sunnatullah. Kenapa Allah tak jadikan malaikat yang sentiasa bertasbih dan melaksanakan suruhan Allah sebagai khalifah di bumi? Malaikat tak buat dosa dan sentiasa patuh kepada Allah. Kenape ye? Apa beza kita dengan haiwan? Kita ada akal, haiwan tiada akal. Haiwan kalau nak buat sesuatu, dia buat je (ada nafsu, tiada akal). Kenape tak malaikat sebagai khalifah di bumi? Mungkinkah kerana malaikat tiada nafsu seperti manusia?

Sejarah Kita

Apa perlu kita buat?


“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.”
Surah Al-Hadid 57:16

Act upon our belief. Tahu ilmu vs fikrah? Kita tak mahu jadi orang yang berilmu sahaja, tapi mahu kefahaman itu mengalir dan diamalkan melalui perbuatan kita.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
Surah Al-Hujuraat 49:13

Allah hanya melihat hati dan perbuatan hambaNya (yakni Islam, bukan pada bangsa dan rupa seseorang. Binalah individu muslim itu…Kita mahu menjadi mereka yang hanya melihat kejatuhan Islam, atau membantu kenaikan Islam? Decision is in our hand…

“Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!”
Surah Al-Muddathir 74: 1-7

Kita kene share ilmu kite dengan orang lain. Bagaikan ada bahan2 masakan dalam almari, tapi tak masak, tiada output la kan. Kite kene ada keseimbangan/’equilibrium’: input = output. Kita pergi usrah dan mendapat input (ilmu, kesedaran, kefahaman). Bayangkan kefahaman & ilmu itu bagaikan makanan. Kalau asyik makan, tapi tak kita tak keluarkan, ilmu & kefahaman itu akan menjadi toksik dalam badan dan boleh merosakkan badan kita. Jika ilmu & kefahaman itu seperti air yang sepatutnya dibiarkan mengalir, kalau kita empang air sungai tu, nanti sampah-sarap yang masuk dalam sungai tu akan accumulate dan mencemarkan sungai tu.

Thursday 1 March 2012

Dream (mimpi or impian)

What is your dream or what is your ambition?
Mesti ramai jawab nak jadi hamba yang solehah dan soleh kan?
or nak berjaya di dunia dan akhirat?
Alhamdullilah.. Kalu ade impian macam tu..

Nak taw kenapa saya nak berbicara tentang impian kat sini? Tiba-tiba je kan? Umur dah tua dah 23 tahun nak bercita-cita ape lagi kan? Dah nak ijazah dalam kejuruteraan kenapa nak bercerita tentang cita-cita?

Kenapa?
Sebab yang nak melahirkan kesyukuran kepada Ilahi kerana yang dilahirkan dalam Islam dan Iman..
Eh, kenapa tiba2 selama ni x bersyukur ke?
Ya, selama ni saya bersyukur, tapi saya x nampak kenapa saya bersyukur, kalu pun saya nampak x memberi impact yg mendalam dalam hati saya..
Impact? Apa yang memberikan impact secara tiba2?
Kalu tika and teha mesti cakp, mcm ne leh terkasima eh?

Oneday, one of my friends, make interview to someone, what is your dream?
Ape impian sipulan ni?
Sipulan pertama: Nak jadi engineer yang berjaya.
Sipulan kedua: Nak jadi orang yang kaya raya.
Sipulan ketiga: Nak kerja lima tahun then simpan duit banyak2 then simpan letak dalam bank, hidup pakai interest untuk hidup..

Emm, what wrong dengan impian diorang? biasa la semua nak kaya kan? nak hidup senang?

Memang, betul x salah tentang cita-cita diorang, sikit pun x salah..
Just, katakanlah, dengan izin Allah, cita diorang tercapai dalam lima tahun? then?
Ape diorang nak buat?

Dalam, hati ini bersyukur, kerana dengan Islam dan Iman kita diberikan cita2 untuk mengejar kehidupan dunia dan akhirat..

Allah, suruh kita infakkan harta kita ke jalanNya.. Bersedekahlah kita kepada anak2 yatim, orang miskin dan orang yang berhak.. Dan menjanjikan ganjaran yang besar untuk kita.. Ape kaitannya dgn dream? Kalu tanpa dream pun kita akan infakkan harta kita ke jalan Allah.. insyaAllah

Tapi, dengan ade yang cita2, semakin banyak harta kita kumpul semakin boleh kita bersedekah.. Semakin ramai nasib manusia yang lemah akan terbela..

yang ingin dikatakan disini, cita2 akan dapat terisi dengan kebaikan.. Dan membuat kita x bosan dengan hidup..

Islam dan Iman membuatkan kita ade motif untuk hidup.. Supaya, kekayaan itu bukan satu-satunya tujuan hidup ini.. Sebaliknya, disaluti dengan Iman dan takwa kepadaNya..
Kekayaan itu terdapat keberkatan di sisiNya..

Apa penulis ini cuba sampaikan?

Penulis ini cuba sampaikan, ingin menambahkan sebab kenapa kita perlu bersyukur dengan Iman dan Islam..
Janganlah kita menjadi seperti orang tanpa Iman dan Islam, carilah kekayaan tapi biarlah bersalut dengan keredhaanNya..
Jadikan kerjaya dan ilmu yang kita ada sebagai jalan untuk mencapai cita-cita sejati kita, kejayaan dunia dan akhirat..
Kerana, Iman dan Islam membuatkan hidup kita lebih bermakna..
Sesungguhnya, Allah menjadikan Alam semesta segala yang ade didalamnya untuk orang berfikir.. Berfikirlah :).. so fikir2kanlah yang cuba saya "merepekkan :P"

Sunday 26 February 2012

Taubat Nasuha

Bismillahirrahmanirrahim,

Doalah:
1) Mohon cinta Allah
2) Mohon amal  perbuatan yang membawa kepada mencintai Allah
3) Cinta sahabat, etc yang mencintai Allah

Syarat2 taubat nasuha yang benar2 ikhlas:
1) Berhenti melakukan maksiat/ kesalahan yang dilakukan
2) Menyesali perbuatan
3) Niat xbuat lagi
4) Jika berdosa dgn org lain, pulangkan hak org lain/ minta maaf kpd org lain
5) Menggunakan apa2 nikmat yang Allah kurniakan ke arah kebaikan (bersyukur)

Peringatan kepada diri saya juga. Sama2 improve. Allahua'lam.

Saturday 25 February 2012

Tumbuh Tunas




Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalamualaikum wbt. 

Pokok saya tumbuh tunas. ^_^ sangat suka. 
- sebelum ni, daun-daun pokok tu sering berguguran. Dan, pada sangkaan saya, mungkin, dalam dua bulan, pokok tu akan mati, kerana kes keguguran daunnya sangat serius. Tapi subhanallah, sangkaan saya meleset. Pokok tu tumbuh tunasssss!!! :D sukaaaanyaaaa... subhanallah. sangat suka!!! wink3! Allah is very nice. -

Kalau kita lihat dalam konteks yang lebih besar (think out of the box), antara pengajaran yang kita boleh ambil, "don't ever give up on others or even yourself, miracles happen everyday. "

That is indeed true. Kadang, sesuatu yang kita tak expect akan jadi, akan jadi, dan sesuatu yang kita expect akan jadi, tak jadi. We never know, but Allah knows. 

hihihi, no more comments. But, jom la sama-sama fikir dalam kehidupan kita. 

~ jom fikir sama-sama. ^_^ ~

allahu'alam

-anonymous-



Monday 13 February 2012

Dunia dan Akhirat

Malam itu gelap,
Insan ketakutan, kegelisahan dan kesedihan,
Mencari cahaya untuk keterangan,
Cahaya menemani kegelisahan..
Mencari bulan dan bintang menemani rasa kesunyian.

Dan,
Gelapnya malam, umpama gelapnya kubur..
Insan akan ketakutan, kegelisahan and kesedihan,
x dapat mencari cahaya, kecuali adanya baik amalannya...
x dapat mencari cahaya kecuali adanya sedekah jariah..
x dapat memadamkan kesedihan kecuali doa dari anaknya yg soleh dan solehan..
tapi bersediakah kita?
bersediakah kita menghadapi kegelapan?

Tengah hari itu panas,
Bahang terasa membuatkan manusia dahaga..
mencari air melepaskan dahaga..
mandi membuang bahang terasa.

Dan,
Tengah hari itu umpama perhimpunan di Masyar...
Cuma panasnya berganda-ganda..
Tidak terkira gandaannya..
Tapi, cukupkah amalan kita untuk melindungi diri dari bahangnya..
Jika kita x tertahan bahang di tengah hari..
Apatah lagi bahang disana?
bersediakah kita untuk kesana?


"Wind Chill" itu sejuk..
Kesejukannya terasa hingga tulang hitam..
kesejukan membuat kita x selesa...
mencari haba entah dimana2..

Dan
"wind chill" itu umpama sejuknya tika kitab amalan diterima..
kanan atau kiri?
Dan saat itu, tubuh menggeletar kesejukan akibat ketakutan..
Sejuk berganda2 melebihi kesejukan dunia..
Takut .. entah di kanan atau di kiri..
bersediakan kita?

Perhatikanlah dunia..
Dan ingatlah Akhirat..
Bila malam ingat alam kubur..
Bila panas ingatlah masyar..
Bila sejuk ingatlah saat amalan itu dikira..
Gelita, panas dan sejuk bukan sekadar cuaca..
Tapi ingatlah mereka mengingatkan kita tentang alam disana.

Friday 13 January 2012

So be patient...with a command


Bismillahirrahmanirrahim...

Will you be patient and give up all unlawful things to be loved by Allah?

Will you be patient and show goodness towards your parents to be loved by Allah?

Allah says: "Therefore, be patient as did the Messengers of strong will." [(Surah Al-Ahqaf: 35]

Allah also says: "O you who believe! Be patient; be supreme in steadfastness; be firm on the battlefield, and fear Allah, so that you may be successful." [Surah Al-Imran: 200]

Among the things disliked in Islam, which Allah is not pleased with, is the weakness of determination, and lack of patience.

Reference: "Patience & Good Manners", by Amr Khalid

Monday 9 January 2012

jam tik...tik...tik...


bismillahirrahmanirrahim.


"sesungguhnya Allah amat mencintai mereka yang sering bertaubat dan menyucikan diri." (al-qur'an, al-baqarah, 2 : 222)


mari kita bermula dengan mengucapkan "astaghfirullahal'azim..."


amalan yang sangat simple, tapi selalu terlupa untuk amalkan... terutamanya saya T_T 


mak pesan, ingatlah Allah swt selalu. Ibarat jam jarum yang berdetik semasa hidupnya. "tik...tik...tik...tik...tik...tik...tik...tik... ..." setiap detik itu, biarlah hati kita melantunkan zikir-zikir pada Allah. Paling mudah, sebutlah "Allah, Allah, Allah, Allah...". analogi jam tu, walaupun saat jam itu bateri nyawa-nyawa ikan, ia tetap berdetik... berdetik di tempatnya sendiri... "tik........tik.....tik....tik...tik..tik." (pernah perhatikan tak? nanti bila jam tu dah nyawa-nyawa ikan, cuba perhatikan...). 
Macam itulah juga dengan kita harapnya, walaupun kita sakit, gembira, kaya, miskin, pandai, lembab, atau apa-apa keadaan sekali pun, ingatlah Allah swt selalu. 


sebab, Allah kata, sesiapa yang mengingatinya, pasti Allah akan jadikan hatinya tenang~~~ insyaAllah ^_^


Dalam dalil di atas, Allah kata "yang sering" bertaubat dan menyucikan diri. Ini bermaksud, Allah menyukai tindakan yang konsisten atau istiqamah atau selalu. Ada seorang kakak ni, pernah bagi tahu saya, "walaupun amalan yang kita buat tu kecil, tapi bila kita laksanakan secara istiqamah, maka amalan itu lagi disukai Allah =) insyaAllah." 
Oleh itu, amat penting di sini untuk kita selalu mengingatkan diri kita untuk selalu istiqamah. insyaAllah...


Ada akak yang lain pula kata, "kalau istiqamah sahaja, kurang mencukupi. kita perlu istimrar. :) istimrar itu, proses berterusan yang semakin baik. maksudnya, continuation with improvements. 
jeng...jeng...jeng... itu barulah membuktikan kita mengalami proses tarbiyyah ^_^ ".
InsyaAllah, mari sama-sama kita usaha untuk mentarbiyyah diri.


Allah juga kata, yang sering "bertaubat dan menyucikan diri". Taubat ini bukanlah membawa erti 'tau buat' tetapi ia membawa erti kembali kepada Allah. (saya tak pandai bahasa arab, jadi kalau salah tolong betulkan...huhuhu..). 


Kita datang dari Allah (sebab Allah yang menciptakan kita), jadi, kita kembali pun pada Allah (sebab kita hak milikNya). Jika kita berjalan kepada Allah, berlari-lari Allah datang kepada kita. Jika kita berlari-lari kepada Allah, sepantas kelajuan cahaya Allah datang kepada kita. Sedangkan, Allah tak rugi apa-apa pun jika kita tak datang pada Allah, bahkan kitalah yang rugi. Taaaaaaappppppiiiiiiiii.... Allah baik sangaaattttttt...  The Loving (al-wadud). The Merciful (ar-rahim). The Forgiver (al-ghaffar). 
ya Allah, am I grateful enough to have you as my Creator? t_t  alhamdulillah~


Menyucikan diri, menyucikan hati, membersihkan jiwa~ rasanya, semua tahu secara teorinya... huhuhuhu... sedih, sebab... saya menaipkan teori...  bukan amali...  
Allah~~~


peringatan ini, terkena pada saya dulu, sebab, mata empunya yang menaip ini lebih dahulu menatap berbanding mata-mata yang kemudian meng'klik'. wallahu'alam. 
moga kita semua selalu dalam penjagaan dan rahmat Allah swt. amin~ 
**maaf, sebab ayat saya tak smooth~~~**

Thursday 5 January 2012

Allah is Amazing!



"Dalam keberlangsungan RWC, ada bantuan Allah di setiap detik,"kata seorang akhi. 

Benar sekali. Snow yang tidak turun-turun walau hingga hari pertama program meresahkan. Winter cabin apa tanpa snow. TT_TT. Tapi alhamdulillah, ketetapan Allahlah yang terbaik. Seriously. 

Snow turun tepat pada waktunya. Allah hantar snow selebat-lebatnya sewaktu jungle trekking. hari kedua, sekaligus menciptakan pemandangan terindah yang tidak pernah dilihat sesiapa dari kami. (Kalah kot scenery grand canyon kg bumbun di segamat). Dengan trail yang subhanallah super duper cantik, ranting-ranting pokok di kiri dan kanan membentuk lorong-lorong, sebijik dengan scene dalam winter sonata mungkin. 

Had the snow come earlier, pasti kami tak dapat menikmati pemandangan as it would be too cold (fitrah: Suhu naik bila snow tengah turun, turun mendadak selesai snow).

Cantiknya ya Allah tak boleh nak cerita! Kami baca doa 3:191 bersama-sama di peak trail tersebut, di mana kami boleh lihat the whole valley. Again, the scenery was mesmerizing. 


(Kenapa 3:191? Sila pergi rujuk quran terjemahan sekarang). But did it occur to you, yang right after that doa, comes doa minta dijauhkan dari azab neraka? Kenapa agaknya?

Teringat tadabbur seorang kakak tentang sifat alkholiq Allah dalam surah annas, dan tadabbur angelwearsgucci tentang ayat 79:28-33 dari muqaddinah fi zilal. Allah dahulukan kata nama kita manusia dalam ayat 2:29, sebelum perkataan mencipta, yang membawa pengertian mendalam. Allah ciptakan bumi ni with US IN MIND! 



Dan kalau difikirkan, memang betul pun. For example, kewujudan dinosaur berjuta tahun dahulu, mungkin tak nampak signifikannya. Tapi pupus dan reputnya mereka membekalkan kita dengan petroleum kan? Dan tiada makhluk lain selain manusia yang gunakan petroleum bukan? Jin dan tumbuhan tak guna. Nah, terbukti di situ memang Allah cipta semua yang kita nampak untuk kita dan hanya kita. Dari dinosaur,hinggalah pemandangan awesome di mansfield. But WHY? Hadiah yang sungguh tak terkira nilainya bukan? Terasa sungguh tak layak untuk menerima.Tapi once teringatkan tugas berat 2:30 dan 51:56, everything begins to make sense. No wonder Allah begitu generous memberikan kita nikmat semua yang cantik-cantik, kerana output yang diharapkan besar juga. Jika tak dapat ditunaikan purpose of life yang dua itu, bersiap sedialah dengan azab neraka. Nauzubillah min zalik!>_< 

Thus the logicness of doa minta jauh azab neraka right after tadabbur alam dengan 3:191. 
Sungguhlah 'tuhan kami,tiada yang Kau cipta sia-sia. Maha suci Engkau, dan jauhkanlah kami dari azab neraka.' 

Berfeeling dengan Quran

bismillah 
moga semua sihat-sihat iman belaka. 

jom kita reflect about something kejap. 

pernah terfikir tak, kenapa kadang-kadang (atau mungkin selalu je) bila kita baca quran, bila kita dengar je orang baca quran tapi quran tu tak mempengaruhi pun hidup kita? or dalam erti kata lain, macam takde effect? 

Adakah masalah tu masalah quran atau masalah kita?

Contohla kita ada satu biji benih yang baik atas tanah, tiba-tiba tak tumbuh, sedangkan biji benih tu biji benih yang terbaik. Masalahnya mungkin masalah tanah yang tak boleh terima.

So, masalah umat islam(masalah kita-kita) sekarang ni, ialah kita sendiri yang tak boleh nak terima Quran tu dengan baik. Allah dah jadikan Quran tu  memang sesuai untuk semua keadaan. Sepatutnya manusia(kita) boleh terkesan dengan Al-Quran. 

Kalau kita tengok zaman Nabi, sahabat-sahabat sangatlah terkesan dengan Quran. Saidina Umar r.a bila dia dengar je bacaan Surah Toha, terus dia berubah. Nabi s.a.w dapat ayat pertama pasal ‘iqra’ terus dah mengubah hidup rasulullah. Totally change! Then bila rasulullah dapat ayat pasal ‘ya ayyuhal mudatsir(wahai orang-orang berselimut) pun terus Rasulullah ubah hidup dia - which shows how Quran really affect and has influence in his life. Mindset hidup rasulullah terus bertukar and tau je apa kerja yang patut dia buat waktu tu. Bila turun ayat ‘ya ayyuhal muzammil’, Rasulullah terus tau apa kerja yang dia kena buat untuk persediaan diri dia buat kerja-kerja waktu siang hari yang banyak –which is membina individu-individu muslim. Segalanya diterjemah dalam tindak tanduk..

Lagi dalam kisah lain, bila nabi s.a.w. pergi berdakwah kepada kaum khazraj semasa di Mina pada tahun ke-10,  nabi hanya bacakan beberapa ayat Quran kepada mereka. Dan ayat-ayat tu terus mengubah hidup orang kaum khazraj ni sampaikan bila balik ke Madinah, mereka berubah dan terus menyampaikan, mengajak orang-orang Madinah pasal islam. Jadi, islam terus tersebar dengan sangat-sangat cepat! Bila turun ayat haram arak, diorang terus pecahkan botol-botol arak yang ada. 

So as for now, jom sama-sama kita reflect and ponder , camne caranya untuk kita ni  boleh berusaha nak ter'affect' dengan Quran? Takkan selamanya nak biar hati kita kering je bila kita baca Quran?

Ada dikongsikan oleh seorang ust ni, ada 5 benda yang kita patut buat dalam usaha nak berinteraksi dengan Quran.

1)     1)  kena  ada mindset Quran ni untuk kita. 

     bila kita baca Quran, kita baca dalam bahasa Melayu - kita akan go to terjemahan. Tapi sebenarnya terjemahan ni boleh menganggu kita sebab dia akan mengikat kita. Terjemahan hanya dapat berikan kita ungkapan dalam bahasa kedua, bukan dalam bahasa pertama. Jadi, bila kita baca Quran, kalau ikut terjemahan, ada ayat yang ditulis macam dituju untuk Nabi Muhammad. 

Contoh: Katakanlah (wahai Muhammad). So kita akan seolah-olah terasa Quran hanya dituju untuk Nabi Muhammad. Padahal, Quran bukan dituju hanya untuk nabi, tapi untuk KITA.

So kita kena ubah, kena rasa Quran ni dituju untuk kita. Kena rasa, seolah-olah Allah sedang bercakap dengan kita. Katakanlah wahai.. cik peah.. (contoh), Allah itu Esa. 

Anologi pasal surat cinta. 
ada satu surat cinta daripada orang yang special dalam hidup kita, bila kita kasi surat cinta tu kat kawan kita, rasa-rasa kawan kita akan terasa feeling tak macam kita rasa? Of coursela tak kan? Sebab dia tak terasa surat tu untuk dia. Macamtu lah lebih kurangnya analogi quran ‘untuk kita’.

jadi, kalau kita tak rasa Quran tu memang untuk kita, kita tak akan terasalah dengan isi-isi Quran tu.  So the first thing yang kita nak setkan feeling kita, mindset kita, yang Quran ni surat-surat yang Allah tuju untuk kita, yang Allah nak kita ubah minda n lifestyle kita.

Nabi  ada bercerita pasal surah al-fatihah yang Allah tu menjawab setiap kali kita baca setiap ayat. 
Contoh bila kita kata, segala puji bagi Allah, Allah menjawab, hambaku memujiku..

Jadi bila kita baca Quran, sebenarnya Allah sedang berinteraksi dengan kita, Allah tengah bercakap dengan kita. Untuk yang ni, camne kita nak cuba apply? Caranya, kita sendiri kena betul-betul pastikan dhomir(kata ganti nama) tu tertuju pada kita. Rasakan setiap katak-kata firman Allah untuk kita. Setiap kata ganti nama untuk kamu, tu adalah untuk kita. Bila Allah suruh, Allah tuju pada KITA.

Akan bersambung, insha Allah..


Sunday 1 January 2012

Nila

Bismillah.

Assalamu'alaikum semua..

apa khabar iman dan amal? rasa-rasa semangat kita lepas keluar program masih membara tak? atau dah suam-suam? Jom sama-sama kita hangatkan kembali semangat tu! Kesedaran yang ada, kita pertahankan. Moga hari ini lebih baik dari semalam. Jom sama-sama didik diri dan orang lain untuk jadi macam nila yang mewarnai kehidupan orang lain.

Jom sama-sama kongsi rasa hati, towards the process to be nila yang islami. =)