Wednesday 7 March 2012

Mini March Break –Ini Sejarah Kita (Part 1)

Bismillahir rahmanir rahim,
Alhamdulillah, program Ini Sejarah Kita (ISK) telah diadakan untuk akhawat di UNB, Fredericton, New Brunswick pada 2-3 Mac 2012. Pengisian selama satu hari setengah ini merupakan program pertama diadakan New Brunswick. Pengisian yang cukup terancang. Sekalung penghargaan buat dua akhawat yang terbang jauh dari bumi Toronto, saudari Nur QurratulAin Hamzah dan saudari Huda Md Salleh, yang turut turun ke padang. Pengorbanan tenaga, masa, dan jiwa kalian amat kami hargai (kepada semua yg terlibat dalam perancangan dan pengendalian program ini juga).

Kata Imam Abu Al-Qasim Al-Junaid:
“Sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang akan menguatkan hati…”

“Dan tiap-tiap berita dari berita Rasul-rasul itu, Kami ceritakan kepadamu (Wahai
Muhammad), untuk menguatkan hatimu dengannya. Dan telah datang kepadamu Dalam berita
ini kebenaran dan pengajaran serta peringatan bagi orang-orang Yang beriman.”
Surah Hud 11: 120

Hadith I: Manusia seperti logam


Kenapa kita perlu belajar hadis ni? kita perlu belajar hadis ni agar kita berusaha memahami orang sekeliling kita. Selain itu, kita tak nak lah jadi orang yang terus-terusan menyalahkan dirikan? Contohnya macam yang selalu kita dengar, “Saya ni tak layak nak dakwahkan orang, saya masih jahil”. Tak pun, “Saya ni dulu jahat sangat.” Biasa tak dengar ayat-ayat ni? Biasa kan?

 “Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Faham tak? Macam gini. Ok, kita bayangkan bahawa kita ada seorang kawan. Kawan kita ni hebat sangat komputer. Macam-macam perkara yang dia boleh lakukan dengan hanya menggunakan komputer. Cakap sahaja apa-apa, semua dia tahu. Tapi masalahnya, kawan kita ni tidak faham sangat Islam. Apa yang kita nak buat? Kita cubalah bantu dia untuk memahami Islam. Dapat bayangkan tak apa yang akan jadi kalau dia faham Islam? Dia akan gunakan kemahiran yang dia ada tu untuk membantu Islam.
  
Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Sekiranya ‘jahil’, nilai itu akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya, sekiranya dia Islam, nilai itu akan menyokong Islam. Segalanya bergantung kepada kefahamannya.

Macam kita jugak. Mungkin kita ada zaman jahiliyyah kita sendiri. Pernah lakukan perbuatan yang tidak berfaedah suatu ketika dahulu. Hmm..satu hari Allah takdirkan kita dapat kefahaman Islam. Apa kita nak buat? Kita gunakan segala perkara yang kita ketahui sewaktu zaman jahiliyyah tu untuk membantu Islam. Mungkin suatu ketika dulu, kita pandai menulis novel-novel cinta yang tidak berfaedah, sekarang kita tukarlah pulak. Kita menulis novel-novel islamik misalnya.

Macam kisah Saidina Umar. Dia yang ketika berada di zaman jahiliyyah begitu tegas, tetapi setelah dia memahami Islam, dia menggunakan kelebihannya itu untuk mengembalikan izzah Islam. Sama juga dengan Khalid Al Walid. Dia begitu mahir dalam selok belok peperangan waktu jahiliyyah. Apa dia buat selepas dia menjadi seorang yang memahami Islam? Dia menggunakan kelebihannya itu untuk membantu Islam.
Tu sebabnya kita kena pandang kelebihan orang lain berbanding kekurangannya. Bila kita jumpa sesiapa pun, kita fikir-fikirkan la cara bagaimana nak bantu dia agar dia dapat gunakan kelebihannya itu untuk Islam.

Hadith II: Kebaikan bagi mereka yang faham




“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam
Ad-Din”

“Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam…” (Surah Al-An’am 6: 125)
Surah Al-Hujuraat 49:12

Ukhuwwah Fillah



“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. “
Surah Al-Hujuraat 49:10

Apakah beza sahabat dan sahabat dan kawan. Sahabat boleh bawa kita ke syurga insyaAllah..

Serendah-rendah ukhuwwah = Berlapang dada
Setinggi-tinggi ukhuwwah = Ithar(mementingkan orang lain lebih dari diri sendiri)"

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
Surah Al-Hujuraat 49:12


Memahami dengan hati 



“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.”
Surah Al-A’raaf 7:179

Hati yang menentukan kefahaman seseorang bukannya ‘otak’ manusia. Sebagai contoh, mereka yang membaca novel akan menghayati kandungan buku itu dengan menggunakan hati. Sebaliknya, sekiranya kita membaca buku-buku akademik (Medic atau Physics), kita akan menggunakan akal untuk memahami. Apa yang difahami oleh hati akan pasti mempengaruhi kehidupan seseorang tetapi kefahaman daripada akal belum tentu akan mengubah kehidupan seseorang. Filem-filem romantik pasti menyentuh jiwa, menyebabkan manusia sedih dan gembira. Filem-filem dokumentari belum pasti dapat menembusi jiwa manusia.

Tujuan hidup manusia: Ibadah dan Khalifah


“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu. Sesungguhnya Allah Dialah sahaja Yang memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang mempunyai kekuasaan Yang tidak terhingga, lagi Yang Maha kuat kukuh kekuasaanNya.”
Surah Az-Zariyat 51: 56-58


Manusia mungkin keliru mengenai tugas utama mereka iaitu menjadi hamba Allah dan menuruti segala perintahNya. Mereka mungkin mengejar perkara yang sudah lama ditetapkan oleh Allah, antaranya persoalan rezeki dan kebahagiaan dunia.

“…kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.”
Hadith ke-4, Hadith 40 An-Nawawi

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya."
Surah Al-Baqarah 2: 30

Kenapa Allah tak jadikan alam (pokok, batu, haiwan, dll) menjadi khalifahNya di bumi? Alam sentiasa bertasbih kepada Allah dan haiwan seperti lebah, semut, dll semuanya menjalani hidup mereka mengikut sunnatullah. Kenapa Allah tak jadikan malaikat yang sentiasa bertasbih dan melaksanakan suruhan Allah sebagai khalifah di bumi? Malaikat tak buat dosa dan sentiasa patuh kepada Allah. Kenape ye? Apa beza kita dengan haiwan? Kita ada akal, haiwan tiada akal. Haiwan kalau nak buat sesuatu, dia buat je (ada nafsu, tiada akal). Kenape tak malaikat sebagai khalifah di bumi? Mungkinkah kerana malaikat tiada nafsu seperti manusia?

Sejarah Kita

Apa perlu kita buat?


“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.”
Surah Al-Hadid 57:16

Act upon our belief. Tahu ilmu vs fikrah? Kita tak mahu jadi orang yang berilmu sahaja, tapi mahu kefahaman itu mengalir dan diamalkan melalui perbuatan kita.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."
Surah Al-Hujuraat 49:13

Allah hanya melihat hati dan perbuatan hambaNya (yakni Islam, bukan pada bangsa dan rupa seseorang. Binalah individu muslim itu…Kita mahu menjadi mereka yang hanya melihat kejatuhan Islam, atau membantu kenaikan Islam? Decision is in our hand…

“Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!
Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan.
Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi.
Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya.
Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!”
Surah Al-Muddathir 74: 1-7

Kita kene share ilmu kite dengan orang lain. Bagaikan ada bahan2 masakan dalam almari, tapi tak masak, tiada output la kan. Kite kene ada keseimbangan/’equilibrium’: input = output. Kita pergi usrah dan mendapat input (ilmu, kesedaran, kefahaman). Bayangkan kefahaman & ilmu itu bagaikan makanan. Kalau asyik makan, tapi tak kita tak keluarkan, ilmu & kefahaman itu akan menjadi toksik dalam badan dan boleh merosakkan badan kita. Jika ilmu & kefahaman itu seperti air yang sepatutnya dibiarkan mengalir, kalau kita empang air sungai tu, nanti sampah-sarap yang masuk dalam sungai tu akan accumulate dan mencemarkan sungai tu.

No comments:

Post a Comment