Thursday 5 January 2012

Berfeeling dengan Quran

bismillah 
moga semua sihat-sihat iman belaka. 

jom kita reflect about something kejap. 

pernah terfikir tak, kenapa kadang-kadang (atau mungkin selalu je) bila kita baca quran, bila kita dengar je orang baca quran tapi quran tu tak mempengaruhi pun hidup kita? or dalam erti kata lain, macam takde effect? 

Adakah masalah tu masalah quran atau masalah kita?

Contohla kita ada satu biji benih yang baik atas tanah, tiba-tiba tak tumbuh, sedangkan biji benih tu biji benih yang terbaik. Masalahnya mungkin masalah tanah yang tak boleh terima.

So, masalah umat islam(masalah kita-kita) sekarang ni, ialah kita sendiri yang tak boleh nak terima Quran tu dengan baik. Allah dah jadikan Quran tu  memang sesuai untuk semua keadaan. Sepatutnya manusia(kita) boleh terkesan dengan Al-Quran. 

Kalau kita tengok zaman Nabi, sahabat-sahabat sangatlah terkesan dengan Quran. Saidina Umar r.a bila dia dengar je bacaan Surah Toha, terus dia berubah. Nabi s.a.w dapat ayat pertama pasal ‘iqra’ terus dah mengubah hidup rasulullah. Totally change! Then bila rasulullah dapat ayat pasal ‘ya ayyuhal mudatsir(wahai orang-orang berselimut) pun terus Rasulullah ubah hidup dia - which shows how Quran really affect and has influence in his life. Mindset hidup rasulullah terus bertukar and tau je apa kerja yang patut dia buat waktu tu. Bila turun ayat ‘ya ayyuhal muzammil’, Rasulullah terus tau apa kerja yang dia kena buat untuk persediaan diri dia buat kerja-kerja waktu siang hari yang banyak –which is membina individu-individu muslim. Segalanya diterjemah dalam tindak tanduk..

Lagi dalam kisah lain, bila nabi s.a.w. pergi berdakwah kepada kaum khazraj semasa di Mina pada tahun ke-10,  nabi hanya bacakan beberapa ayat Quran kepada mereka. Dan ayat-ayat tu terus mengubah hidup orang kaum khazraj ni sampaikan bila balik ke Madinah, mereka berubah dan terus menyampaikan, mengajak orang-orang Madinah pasal islam. Jadi, islam terus tersebar dengan sangat-sangat cepat! Bila turun ayat haram arak, diorang terus pecahkan botol-botol arak yang ada. 

So as for now, jom sama-sama kita reflect and ponder , camne caranya untuk kita ni  boleh berusaha nak ter'affect' dengan Quran? Takkan selamanya nak biar hati kita kering je bila kita baca Quran?

Ada dikongsikan oleh seorang ust ni, ada 5 benda yang kita patut buat dalam usaha nak berinteraksi dengan Quran.

1)     1)  kena  ada mindset Quran ni untuk kita. 

     bila kita baca Quran, kita baca dalam bahasa Melayu - kita akan go to terjemahan. Tapi sebenarnya terjemahan ni boleh menganggu kita sebab dia akan mengikat kita. Terjemahan hanya dapat berikan kita ungkapan dalam bahasa kedua, bukan dalam bahasa pertama. Jadi, bila kita baca Quran, kalau ikut terjemahan, ada ayat yang ditulis macam dituju untuk Nabi Muhammad. 

Contoh: Katakanlah (wahai Muhammad). So kita akan seolah-olah terasa Quran hanya dituju untuk Nabi Muhammad. Padahal, Quran bukan dituju hanya untuk nabi, tapi untuk KITA.

So kita kena ubah, kena rasa Quran ni dituju untuk kita. Kena rasa, seolah-olah Allah sedang bercakap dengan kita. Katakanlah wahai.. cik peah.. (contoh), Allah itu Esa. 

Anologi pasal surat cinta. 
ada satu surat cinta daripada orang yang special dalam hidup kita, bila kita kasi surat cinta tu kat kawan kita, rasa-rasa kawan kita akan terasa feeling tak macam kita rasa? Of coursela tak kan? Sebab dia tak terasa surat tu untuk dia. Macamtu lah lebih kurangnya analogi quran ‘untuk kita’.

jadi, kalau kita tak rasa Quran tu memang untuk kita, kita tak akan terasalah dengan isi-isi Quran tu.  So the first thing yang kita nak setkan feeling kita, mindset kita, yang Quran ni surat-surat yang Allah tuju untuk kita, yang Allah nak kita ubah minda n lifestyle kita.

Nabi  ada bercerita pasal surah al-fatihah yang Allah tu menjawab setiap kali kita baca setiap ayat. 
Contoh bila kita kata, segala puji bagi Allah, Allah menjawab, hambaku memujiku..

Jadi bila kita baca Quran, sebenarnya Allah sedang berinteraksi dengan kita, Allah tengah bercakap dengan kita. Untuk yang ni, camne kita nak cuba apply? Caranya, kita sendiri kena betul-betul pastikan dhomir(kata ganti nama) tu tertuju pada kita. Rasakan setiap katak-kata firman Allah untuk kita. Setiap kata ganti nama untuk kamu, tu adalah untuk kita. Bila Allah suruh, Allah tuju pada KITA.

Akan bersambung, insha Allah..


1 comment:

  1. Betul2.... Selalu x rasa.. x.x (or, pernah terasa terkesan ke? Huhuhuhu....arghhhhhh T_T)

    ReplyDelete