Sunday 26 February 2012

Taubat Nasuha

Bismillahirrahmanirrahim,

Doalah:
1) Mohon cinta Allah
2) Mohon amal  perbuatan yang membawa kepada mencintai Allah
3) Cinta sahabat, etc yang mencintai Allah

Syarat2 taubat nasuha yang benar2 ikhlas:
1) Berhenti melakukan maksiat/ kesalahan yang dilakukan
2) Menyesali perbuatan
3) Niat xbuat lagi
4) Jika berdosa dgn org lain, pulangkan hak org lain/ minta maaf kpd org lain
5) Menggunakan apa2 nikmat yang Allah kurniakan ke arah kebaikan (bersyukur)

Peringatan kepada diri saya juga. Sama2 improve. Allahua'lam.

Saturday 25 February 2012

Tumbuh Tunas




Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalamualaikum wbt. 

Pokok saya tumbuh tunas. ^_^ sangat suka. 
- sebelum ni, daun-daun pokok tu sering berguguran. Dan, pada sangkaan saya, mungkin, dalam dua bulan, pokok tu akan mati, kerana kes keguguran daunnya sangat serius. Tapi subhanallah, sangkaan saya meleset. Pokok tu tumbuh tunasssss!!! :D sukaaaanyaaaa... subhanallah. sangat suka!!! wink3! Allah is very nice. -

Kalau kita lihat dalam konteks yang lebih besar (think out of the box), antara pengajaran yang kita boleh ambil, "don't ever give up on others or even yourself, miracles happen everyday. "

That is indeed true. Kadang, sesuatu yang kita tak expect akan jadi, akan jadi, dan sesuatu yang kita expect akan jadi, tak jadi. We never know, but Allah knows. 

hihihi, no more comments. But, jom la sama-sama fikir dalam kehidupan kita. 

~ jom fikir sama-sama. ^_^ ~

allahu'alam

-anonymous-



Monday 13 February 2012

Dunia dan Akhirat

Malam itu gelap,
Insan ketakutan, kegelisahan dan kesedihan,
Mencari cahaya untuk keterangan,
Cahaya menemani kegelisahan..
Mencari bulan dan bintang menemani rasa kesunyian.

Dan,
Gelapnya malam, umpama gelapnya kubur..
Insan akan ketakutan, kegelisahan and kesedihan,
x dapat mencari cahaya, kecuali adanya baik amalannya...
x dapat mencari cahaya kecuali adanya sedekah jariah..
x dapat memadamkan kesedihan kecuali doa dari anaknya yg soleh dan solehan..
tapi bersediakah kita?
bersediakah kita menghadapi kegelapan?

Tengah hari itu panas,
Bahang terasa membuatkan manusia dahaga..
mencari air melepaskan dahaga..
mandi membuang bahang terasa.

Dan,
Tengah hari itu umpama perhimpunan di Masyar...
Cuma panasnya berganda-ganda..
Tidak terkira gandaannya..
Tapi, cukupkah amalan kita untuk melindungi diri dari bahangnya..
Jika kita x tertahan bahang di tengah hari..
Apatah lagi bahang disana?
bersediakah kita untuk kesana?


"Wind Chill" itu sejuk..
Kesejukannya terasa hingga tulang hitam..
kesejukan membuat kita x selesa...
mencari haba entah dimana2..

Dan
"wind chill" itu umpama sejuknya tika kitab amalan diterima..
kanan atau kiri?
Dan saat itu, tubuh menggeletar kesejukan akibat ketakutan..
Sejuk berganda2 melebihi kesejukan dunia..
Takut .. entah di kanan atau di kiri..
bersediakan kita?

Perhatikanlah dunia..
Dan ingatlah Akhirat..
Bila malam ingat alam kubur..
Bila panas ingatlah masyar..
Bila sejuk ingatlah saat amalan itu dikira..
Gelita, panas dan sejuk bukan sekadar cuaca..
Tapi ingatlah mereka mengingatkan kita tentang alam disana.